Panel Admin

Coundown UPSR 2012

Menjelang UPSR 2012 11.09.2012 08:00 114 Sumber Portal KPM

Coundown PMR 2012

Menjelang PMR 2012 09.10.2012 08:00 142 Sumber Portal KPM

Coundown STAM 2012

Menjelang STAM 2012 16.10.2012 08:00 149 Sumber Portal KPM

Coundown SPM 2012

Menjelang SPM 2012 05.11.2012 08:00 169 Sumber Portal KPM

Coundown STPM 2012

Menjelang STPM 2012 19.11.2012 08:00 183 Sumber Portal KPM

MOTIVASI PELAJAR SUPER

E-mail Cetak PDF

 

MOTIVASI PELAJAR SUPER adalah program yang berasaskan modul SuperStudy yang diasaskan oleh
Tn Hj Fadzli Yusof yang telah dikendalikan sejak tahun 2005 di ratusan ratusan buah sekolah dan IPT,
dengan puluhan ribu pelajar yang telah menyertainya. Ia adalah program motivasi dan teknik belajar yang
mudah, praktikal dan seronok untuk disertai. Adakah anda pernah mengalami masalah ini? :

Tiada Minat Belajar :
Ada pelajar yang perlu dipaksa dan dimarah-marah, barulah dia belajar. Ada pelajar yang merasakan bahawa
belajar itu sungguh sukar dan menyakitkan. Di dalam kelas, mereka sukar memberikan perhatian, semasa study
group mereka gemar bersembang.

Belajar, Tetapi Tidak Berkesan :
Seorang pelajar dan remaja bukan sahaja perlu belajar, tetapi mereka juga perlu belajar kaedah belajar yang betul.
Alangkah ruginya jika seorang pelajar duduk selama 4 jam di meja belajar tetapi hanya faham 10% daripadanya ?

Ada pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi tidak faham apa yang dipelajari. Ada pelajar yang faham
semasa belajar, tetapi lupa setelah 3 hari dia belajar.

Belajar, Tetapi Keputusan Tidak Cemerlang :
Ada orang yang dapat mengingati dengan baik, tetapi markah keputusan peperiksaan masih lagi rendah dan tidak
memuaskan. Apa silapnya? Apa yang patut pelajar lakukan? Bagaimana untuk mendapatkan A dalam peperiksaan ?

Cemerlang, Tetapi Akhlak Tidak Memuaskan :
Ada pelajar yang mendapat keputusan akademik yang tinggi, tetapi mempunyai sakhsiah yang rendah. Ada yang kurang
berdisiplin, kurang adab dengan ibubapa dan guru, kurang rasa tanggungjawab, lemah ibadah, suka bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang negatif.

Banyak komen dan testimoni yang kami perolehi daripada para guru, ibubapa dan peserta tentang Program Motivasi Pelajar
Super setelah melihat perubahan positif yang di luar jangkaan mereka sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program
Motivasi Pelajar Super, sila
KLIK DI SINI.

ruangan pelajar

ruangan ibubapa

tahukah anda