Sekiranya anda mengalami krisis dan sangat memerlukan sesi kaunseling pada hari tersebut, bolehlah membuat temujanji terlebih dahulu dengan pegawai kaunseling. Perlu diingat, setiap sesi temujanji perlu dihadiri oleh saudara/rakan terdekat (jika berlainan jantina antara pegawai dan klien) bagi mengelakkan timbulnya unsur fitnah. Jaga adab sopan semasa sesi kaunseling bagi kelancaran proses kaunseling.





















