Bagaimana menangani jika kedapatan kakitangan yang mempunyai masalah mental, apa yang kaunselor lakukan?
Sekiranya berlaku kes demikian, kaunselor dengan segera akan merujuk klien ini kepada pakar psikiatrik di hospital berdekatan. Jika klien dianggap masih mampu bekerja dengan pengawasan Klinik Psikiatrik, kaunselor akan membantu memantau keadaan klien di sekolah dan membuat konsultasi dengan pentadbir sekolah bagaimana mengurus klien ini demi kesejahteraan klien dan warga sekolah.





















