Betulkah sesi kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah?
Sesi kaunseling adalah untuk individu normal yang mengalami isu-isu biasa dalam kehidupan yang mana menyebabkan individu berkenaan berasa serba salah untuk membuat keputusan, bimbang, takut, malu, marah dan lain-lain emosi yang boleh menjejaskan kehidupannya jika tidak ditangani dengan betul.




















