Dipanjangkan daripada Portal JPN Perak,
Perhatian,Semua PPD & Sekolah Menengah PTJ,
Tuan/Puan,
Berikut adalah makluman mengenai tawaran opsyen SBPA:
1) Guru Sandaran Terlatih yang telah menerima surat tawaran lantikan tetap sebelum 31.12.2011 hendaklah diberi borang opsyen.
2) Pengisian maklumat Gaji dan Gred Hakiki dalam borang opsyen SBPA bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji digred terdahulu pada 31.12.2011 mengikut gaji dan gred jawatan terdahulu.
3) Pegawai yang telah ditawarkan dan bersetuju menerima tawaran tukar lantik sebelum 31.12.2011 ke skim perkhidmatan sebelum SBPA hendaklah diberi opsyen dengan menggunakan borang G.
4) Borang opsyen bagi Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah akan dicetak oleh pihak JPN. Maklumat mengenai tawaran hendaklah dikey in oleh PPD dan SMK PTJ masing-masing.
5) Surat Tawaran Opsyen bagi Pengetua, Guru Besar dan PPD hendaklah diambil oleh PPD pada 19.12.2011.
Bagi tuan/puan yang telah dilantik sebagai PPSM (Penolong Pegawai Sumber Manusia) makumat mengenai opsyen boleh mula dimasukkan melalui laman sesawang tersebut:
1) http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe
2) http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe
Tuan/Puan di PPD dan Sekolah Menengah PTJ dipohon sentiasa mendapatkan maklumat dari portal jabatan dari masa ke semasa.
Sekian. Terima kasih.
























































