Panel Admin

Coundown UPSR 2012

Menjelang UPSR 2012 11.09.2012 08:00 111 Sumber Portal KPM

Coundown PMR 2012

Menjelang PMR 2012 09.10.2012 08:00 139 Sumber Portal KPM

Coundown STAM 2012

Menjelang STAM 2012 16.10.2012 08:00 146 Sumber Portal KPM

Coundown SPM 2012

Menjelang SPM 2012 05.11.2012 08:00 166 Sumber Portal KPM

Coundown STPM 2012

Menjelang STPM 2012 19.11.2012 08:00 180 Sumber Portal KPM

Berita Dari Unit-Unit 1

Kewangan
HEM
Pend.Khas
Pend.Khas
Sukan
Sukan
Kokurikulum
Kokurikulum
LINUS

Berita Dari Unit-Unit 2

PSO
Akademik
P.Islam
ICT
Peperiksaan

APLIKASI ATAS TALIAN

Berkala
Sentiasa
Aplikasi EG
E-Borang

Kasihanilah Ibumu

 

 

 

thumb_ibu.jpegKetika kamu masih dalam kandungan,ibumu menanggungmu penuh keperitan dan kepenatan namun tiada ia mengeluh, bahkan tangannya tinggi menadah kepada tuhan agar ia dikurniakan anak yang baik, yang cantik, yang bijak, yang beriman, yang menjadi cahaya matanya, yang menjadi tempat berteduh ketika ia telah tua. Namun kamu membalasnya dengan terjahan di dalam perutnya. Tapi ibumu hanya berkerut mukanya menahan sakit sambil tangan mengusap perutnya.

Ketika kamu dilahirkan, ibumu memelukmu erat memberikan susunya, mengusap kepalamu dengan penuh kasihnya, bersengkang mata hingga ke kejauhan malam bimbang tidurmu terganggu. Namun kamu membalasnya dengan berak dan kencingmu dan tangisan memecah malam yang sepi. Tapi ibumu tetap senyum menepuk dan memujukmu dengan dodoian lagu samar-samar lahir dari bibirnya.

Ketika usiamu melangkahi musim, kamu disuapkan nasi, dihayunkan dalam buaian, dimandikan air suam, disalinkan pakaian selalu dan mengajarmu bertatih. Namun kamu sepahkan makanan, bebal tak tentu punca, berak kencing merata. Tapi ibumu tetap merasa bahagia.

Kthumb_ibu3.jpegetika kamu mula berkata-kata, mengajuklah ibumu setiap kata-katamu, dibisiknya kata ‘emak, abah’sebagai kata yang mula. Namun bila besar ibumu tidak cantik di bibirmu. Tapi ibumu masih ibumu jua.

Ketika menghantarmu ke sekolah, kamu dipakaikan pakaian baru, dibekalkan sarapan takut anaknya lapar, menghantarmu dengan harapan menggunung, menyiap masakan dirumah menunggu anaknya pulang. Namun hasrat ibumu kamu musnahkan disekolah dengan membantah cakap guru, malas buat latihan, membuang masa, tidak berusaha membina diri, melakukan perkara yang ditegah oleh sekolah dan masyarakat.

Namun ibumu tetap menyayangimu kerana kamu adalah anaknya, linangan air mata ketika mengadap pengetua menjelaskan segala kasihnya. Basah tudungnya oleh usapan air mata membayangkan kesalannya. Tunduk mukanya bersama kerutan wajah dan suara yang tertahan tidak pernah disangka akan terpaksa dizahirkan untuk membayangkan kesedihannya atas apa yang dibalas oleh anaknya.

thumb_ibu2.jpegItulah sebahagian dari insan yang lupa pada pengorbanan dan harapan ibu mereka. Apakah anda ada termasuk dalam golongan ini. Atau ada sebahagian perkara pernah terjadi pada anda? Insaflah! Sementara kita masih boleh berpaling. Sementara kita masih ada ibu.

RAUNGAN INSAN BERNAMA IBU
Dari beberapa banyak mel(kiriman menerusi internet)yang diterima, terdapat satu luahan rasa seorang insan yang menginsafi kesilapannya kepada ibunya yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau telah menemui satu sajak yang ditulis oleh ibunya sebelum ibunya meninggal. Dipaparkan sajak ini untuk renungan bersama.

INILAH MASANYA

Jika kau ingin menyintai ibu
Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
Yang mengalir kudus daripada sanubarimu

Cintalah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan

Oleh itu, jika kau menyintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

thumb_ibu4.jpeg

Ehsan : PPD Kuala Muda Yan

PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

ipta_udm Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Teknologi Mara (UTM)



PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

ipts_aimst ipts_curtin ipts_imu ipts_kutpm ipts_mmu ipts_monash ipts_must ipts_nott

ipts_oum ipts_scand ipts_unitar ipts_uniten ipts_utar ipts_utp

PEKELILING-PEKELILING

No title

Pekeliling Ikhtisas
| Kokurikulum | Pentadbiran | Hal Ehwal Pelajar | Kurikulum |
Pekeliling Kewangan
2001 | 2002 | 2004 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Biasiswa
2006 | 2007 |
Pekeliling ICT
2003 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2011 |
Pekeliling Perolehan
2006 | 2007 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Jabatan
2003 | 2008 | 2009 |
Pekeliling Perkhidmatan
1991 | 2009 | 2010 | 2011 |

ruangan pelajar

ruangan ibubapa

tahukah anda