Panel Admin

Coundown UPSR 2012

Menjelang UPSR 2012 11.09.2012 08:00 111 Sumber Portal KPM

Coundown PMR 2012

Menjelang PMR 2012 09.10.2012 08:00 139 Sumber Portal KPM

Coundown STAM 2012

Menjelang STAM 2012 16.10.2012 08:00 146 Sumber Portal KPM

Coundown SPM 2012

Menjelang SPM 2012 05.11.2012 08:00 166 Sumber Portal KPM

Coundown STPM 2012

Menjelang STPM 2012 19.11.2012 08:00 180 Sumber Portal KPM

Berita Dari Unit-Unit 1

Kewangan
HEM
Pend.Khas
Pend.Khas
Sukan
Sukan
Kokurikulum
Kokurikulum
LINUS

Berita Dari Unit-Unit 2

PSO
Akademik
P.Islam
ICT
Peperiksaan

APLIKASI ATAS TALIAN

Berkala
Sentiasa
Aplikasi EG
E-Borang

Peranan Ibu bapa memupuk minat membaca anak

thumb_bapaajarbaca.jpegMarcapada, anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada membaca bahan bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu,ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka.

Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka. Tabiat ini harus ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu membaca, mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana alah bisa tegal biasa.

Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. Misalnya, ibu bapa yang tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Di samping itu,ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.Apabila mereka berada di perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini.Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Kesimpulannya,ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca kerana para pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke perpustakaan.

 

Ehsan : PPD Kuala Muda Yan

PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

ipta_udm Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Teknologi Mara (UTM)



PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

ipts_aimst ipts_curtin ipts_imu ipts_kutpm ipts_mmu ipts_monash ipts_must ipts_nott

ipts_oum ipts_scand ipts_unitar ipts_uniten ipts_utar ipts_utp

PEKELILING-PEKELILING

No title

Pekeliling Ikhtisas
| Kokurikulum | Pentadbiran | Hal Ehwal Pelajar | Kurikulum |
Pekeliling Kewangan
2001 | 2002 | 2004 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Biasiswa
2006 | 2007 |
Pekeliling ICT
2003 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2011 |
Pekeliling Perolehan
2006 | 2007 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Jabatan
2003 | 2008 | 2009 |
Pekeliling Perkhidmatan
1991 | 2009 | 2010 | 2011 |

ruangan pelajar

ruangan ibubapa

tahukah anda