Panel Admin

Coundown UPSR 2012

Menjelang UPSR 2012 11.09.2012 08:00 111 Sumber Portal KPM

Coundown PMR 2012

Menjelang PMR 2012 09.10.2012 08:00 139 Sumber Portal KPM

Coundown STAM 2012

Menjelang STAM 2012 16.10.2012 08:00 146 Sumber Portal KPM

Coundown SPM 2012

Menjelang SPM 2012 05.11.2012 08:00 166 Sumber Portal KPM

Coundown STPM 2012

Menjelang STPM 2012 19.11.2012 08:00 180 Sumber Portal KPM

Berita Dari Unit-Unit 1

Kewangan
HEM
Pend.Khas
Pend.Khas
Sukan
Sukan
Kokurikulum
Kokurikulum
LINUS

Berita Dari Unit-Unit 2

PSO
Akademik
P.Islam
ICT
Peperiksaan

APLIKASI ATAS TALIAN

Berkala
Sentiasa
Aplikasi EG
E-Borang

Pengguna Komputer Cepat Mati?

Tidak boleh dinafikan bagi sesetengah orang (terutama yang kurang berminat dengan aktiviti luar) blogging amat menyeronokkan dan kadang kala terasa semacam ketagihan. Namun ramai di kalangan blogger yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer kerana terlalu asyik blogging selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan menyebabkan otot-otot tubuh menjadi kaku, keras dan memedihkan mata. Selain itu turut mengundang ancaman lain yang berisiko tinggi kepada kesihatan.


Menurut kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand, pekerja pejabat atau sesiapa sahaja yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di depan komputer berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang disahkan mengidap Deep-vein thrombosis (DVT) atau darah beku, adalah terdiri daripada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep-vein thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil daripada aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Perkara ini menjadi lebih buruk apabila bilik yang diduduki adalah berhawa dingin di mana udara sejuk di dalam bilik itu akan mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pesakit yang mengidap masalah itu secara purata duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34% dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah terdiri daripada mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan hanya duduk di kerusi, sementara 21% pengidap lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang daripada kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Oleh itu wahai para blogger sekalian, beringat-ingatlah sebelum terlambat. Kesihatan perlu sentiasa diutamakan di dalam apa jua yang kita lakukan. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh www.mohdhafez.net. Terima kasih.

PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

ipta_udm Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Teknologi Mara (UTM)



PAUTAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

ipts_aimst ipts_curtin ipts_imu ipts_kutpm ipts_mmu ipts_monash ipts_must ipts_nott

ipts_oum ipts_scand ipts_unitar ipts_uniten ipts_utar ipts_utp

PEKELILING-PEKELILING

No title

Pekeliling Ikhtisas
| Kokurikulum | Pentadbiran | Hal Ehwal Pelajar | Kurikulum |
Pekeliling Kewangan
2001 | 2002 | 2004 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Biasiswa
2006 | 2007 |
Pekeliling ICT
2003 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2011 |
Pekeliling Perolehan
2006 | 2007 | 2009 | 2010 | 2011 |
Pekeliling Jabatan
2003 | 2008 | 2009 |
Pekeliling Perkhidmatan
1991 | 2009 | 2010 | 2011 |

ruangan pelajar

ruangan ibubapa

tahukah anda