новые флеш игры.

MESYUARAT PANITIA SEJARAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU PERAK BIL.1/2014

Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera

Kepada

Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Perak
Pengarah Kolej Vokasional Gerik

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Mesyuarat Panitia Sejarah Menengah Daerah Hulu Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut :

            Tarikh          : 17 April 2014 (Khamis)
            Masa          : 2.30 petang
            Tempat       : SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong

Sehubungan itu, tuan dipohon mengarahkan Ketua Panitia Sejarah dan Semua Guru Mengajar Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 5 di sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat di atas dan membawa bersama data headcount 2014 dan program peningkatan akademik Sejarah 2014.

Sekian. Terima Kasih.

Unit Akademik

PENGEDARAN INSTRUMEN SARINGAN LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT

Daerah Hulu Perak,

 

PENGEDARAN INSTRUMEN SARINGAN LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2.   Sehubungan dengan itu pengedaran instrumen tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

       Tarikh   : 16 - 18 April 2014 (Rabu hingga Jumaat)

       Masa    : 2:00 petang hingga 5:00 petang

      Tempat : Bilik FasiLINUS PPD Hulu Perak

3.  Justeru itu, pihak tuan dipohon supaya membenarkan Penyelaras LINUS atau wakil untuk hadir dan mengambil instrumen berkenaan pada masa yang telah ditetapkan.

4.  Segala kesulitan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapakan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK

Pegawai FasiLINUS Numerasi

PPD Hulu Perak

Unit Akademik

PELAKSANAAN UJIAN PRA APTIS GELOMBANG KEDUA BAGI KOHOT 2 TAHUN 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah berikut:

SK RKT BERSIA

SK TEMELONG

SJKC KUNG LI

SJKC EOK KWAN

SJKT KERUH

SMK GERIK

SMK BATU 4

SMK SULTAN IDRIS SHAH II

SK FELDA LAWIN SELATAN

SMK TUN SABAN

SABK TAN SRI GHAZALI JAWI

SMK KENERING

SK RPS BANUN

SK KROH

SK AYER PANAS

SK KLIAN INTAN

SK SG TIANG

 

Ujian tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

            Tarikh             : 17 April 2014 (Khamis)

             Masa               : 9.00 pg hingga 12.00 tgh

             Tempat           : SMK Sultan Idris Shah II, Gerik

 

Sila pastikan guru-guru dari sekolah tuan yang terlibat untuk mengambil ujian ini hadir.

Surat panggilan dan senarai nama boleh dimuat turun di ruangan Attachments di bawah.

Terima kasih di atas kerjasama tuan.

Raja Faridah Raja Md Esa

Pen PPD B.Ing (Menengah)

Unit Akademik

 

PENGEDARAN INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 MAC 2014 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT

Daerah Hulu Perak,

 

PENGEDARAN INSTRUMEN SARINGAN BERTULIS LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

 

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

 

2.   Sehubungan dengan itu pengedaran instrumen tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

       Tarikh   : 16 - 18 April 2014 (Rabu hingga Jumaat)

       Masa    : 2:00 petang hingga 5:00 petang

      Tempat : Bilik FasiLINUS PPD Hulu Perak

3.  Justeru itu, pihak tuan dipohon supaya membenarkan Penyelaras LINUS atau wakil untuk hadir dan mengambil instrumen berkenaan pada masa yang telah ditetapkan.

4.  Segala kesulitan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapakan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK

Pegawai FasiLINUS Numerasi

PPD Hulu Perak

Unit Akademik

Tarikh Baru :TAKLIMAT SISTEM SET DAN I-THINK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar Sek Peluasan i-think                 Fasa 1 dan 2

Taklimat i-think dan Sistem Set akan diadakan pada waktu dan tarikh  yang sama mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh             : 16 April 2014 (Rabu)

Masa               : 2.00  hingga 3.30 petang

Tempat            : Dewan Seminar  PPD Hulu Perak, Gerik

Taklimat diadakan pada tarikh/waktu yang sama kerana untuk mengelakkan perlu memanggil tuan hadir pada waktu berlainan memandangkan ada sekolah perluasan iThink juga terlibat dengan sistem set. Program iThink pula akan melibatkan semua sekolah di dalam daerah dan tuan akan dapat maklumat berkenaan ithink jika sekolah tuan masih belum terlibat dengan program tersebut.

Terima kasih di atas kerjasama tuan.

Raja Faridah Raja Md Esa

Pen PPD B.Ing (Menengah)

Pegawai Meja Program i-Think & Sistem Set

Unit Akademik

 

MODUL / ITEM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : EKONOMI ASAS

Assalamualaikum... dan Selamat Sejahtera

Kepada :

Pengetua Sekolah Menengah Daerah Hulu Perak

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Dilampirkan Modul / Item Mata Pelajaran Ekonomi Asas (SPM).

Sekian.

Unit Akademik

 
Компания Сансити